FORUM IHYA’ RAMADAN DAN KEMERDEKAAN KE-55

Dari kiri Dr. Che Noraini Hashim,Ustaz Dzulkarnain Hamzah dan Ustaz Muhammad Kazim Elias

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Badan Ugama Dan Kebajikan MARA (BUKM) telah mengadakan Forum Ihya’ Ramadan dan Kemerdekaan Ke-55 pada 1 Ogos bersamaan 12 Ramadan 1433H, jam 10.00 pagi bertempat di Anjung Korporat, Tingkat 24, IBu Pejabat MARA. Forum ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 orang panel iaitu Ustaz Muhammad Kazim Elias dan Dr. Che Noraini Hashim. Manakala moderator forum ini ialah Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Encik Hamicham Zain ketika menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Muhammad Kazim Elias

Forum ini dihadiri lebih 300 orang warga kerja MARA. Penyampaian cenderahati kepada moderator dan panel turut disampaikan oleh Encik Hamichan bin Zain, Pengarah Bahagian Kawalan Kredit MARA.

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.