Majlis Perasmian Penutupan Asia-Pacific Aesthetic, Spa and Wellness Business Conference & Exhibition 2012

YBhg. Dato‘ Haji Roshidi bin Haji Hashim, Datuk Bandar, Bandaraya Ipoh telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Asia-Pacific Aesthetic, Spa and Wellness Business Conference & Exhibition 2012 pada 12 Julai 2012 (Khamis) jam 4.00 petang bertempat di Crystal Ballroom, Hotel Impiana, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bertujuan membuka peluang kepada para usahawan tempatan dan juga Bumiputera dari pelbagai industri berkaitan untuk mempamerkan produk-produk perkhidmatan, teknologi dan kemahiran berkaitan penjagaan kesihatan dan kecantikan ke pasaran global.

 

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.