Majlis Perasmian Asia-Pacific Aesthetic, Spa and Wellness Business Conference & Exhibition 2012

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Asia-Pacific Aesthetic, Spa and Wellness Business Conference & Exhibition 2012 pada 11 Julai 2012 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Crystal Ballroom, Hotel Impiana, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bertujuan membuka peluang kepada para usahawan tempatan dan juga Bumiputera dari pelbagai industry berkaitan untuk mempamerkan produk-produk perkhidmatan, teknologi dan kemahiran berkaitan penjagaan kesihatan dan kecantikan ke pasaran global.

Seramai 500 delegasi dan 60 pempamer dari seluruh pelosok Asia-Pasifik akan turut menyertai program yang mendapat pengiktirafan dari Federation of Holistic Therapists, UK; Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA) dan Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera (MABESPA) ini. Program ini turut membariskan 15 panel penceramah dari lapan (8) buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Thailand, Singapura, China/Hong Kong, Filipina dan Malaysia.

 

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.