KONVENSYEN INNOVATIVE AND CREATIVE CIRCLE (ICC) DAN QUALITY ENVIRONMENT (QE/5S) PERINGKAT WILAYAH TENGAH 2012

Peserta Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA

Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTM PJ) telah menyertai Konvensyen ICC dan QE/5S yang berlangsung pada 26 dan 27 Jun 2012 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Puan Suriani bt. Ramli, Koordinator 5S BKT, menerima trofi kristal dan
Sijil Anugerah Tiga Bintang (Cemerlang)

Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan yang diberi adalah 3 bintang (cemerlang), 2 bintang dan 1 bintang. Majlis penyampaian anugerah dan sijil penghargaan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.

Puan Siti Noor bt. Abdul Rani, Koordinator 5S KKTM PJ, menerima trofi kristal dan Sijil Anugerah 3 Bintang (Cemerlang)

BKT dan KKTM PJ telah berjaya mendapat 3 bintang dalam kategori QE/5S, manakala bagi kategori ICC, Kumpulan “Innocreate” dari KKTM PJ telah berjaya meraih pingat Perak bagi projek Paperless System. Dengan kejayaan ini, BKT dan KKTM PJ layak untuk menyertai Konvensyen ICC dan QE/5S Peringkat Kebangsaan bagi kategori QE/5S pada Oktober 2012 yang akan dirasmikan oleh YB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

TAHNIAH diatas kejayaan BKT dan KKTM PJ.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.