MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN MARA SEMALAYSIA KALI KE-7

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan MARA SeMalaysia Kali Ke-7 pada 29 Jun 2012 (Khamis), jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Gemilang, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor.

Kontinjen MARA Wilayah Persekutuan berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan dengan pungutan 5 emas diikuti pencabar terdekat MARA Kedah di tempat kedua dan MARA Perak di tempat ketiga.

Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan YB Norol Azali bin Sulaiman , Ahli Majlis MARA.

Tahniah kepada kontinjen Kejohanan Sukan MARA SeMalaysia Kali Ke-7.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.