MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN MARA SEMALAYSIA KALI KE-7

YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MARA SeMalaysia Kali Ke-7 pada 25 Jun 2012 (Isnin), jam 8.00 pagi, bertempat di Padang Bola Sepak, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor.

Kejohanan sukan yang bermula pada 24 hingga 29 Jun 2012 ini akan disertai oleh 14 buah kontinjen daripada setiap negeri. Dengan tema ‘Sukan Menjana Transformasi’, seramai 3500 orang peserta akan terlibat dalam 22 jenis acara yang dipertandingkan.

Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA. Antara acara menarik pada majlis perasmian tersebut adalah acara tarik tali antara pengurusan MARA dan pengarah-pengarah MARA negeri seluruh Malaysia.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.