LAWATAN MUHIBBAH DELEGASI PENDIDIKAN SABAH

Lawatan Muhibah Delegasi Pendidikan Sabah telah berlangsung di Anjung Korporat, Aras 24, Ibu Pejabat MARA, pada 12 Jun 2012, Selasa, jam 11.45 pagi. Lawatan ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, dan diiringi oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA beserta Ahli Pengurusan MARA dan Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat MARA.

 

Lawatan ini disertai seramai 65 orang pegawai pendidikan dari negeriSabahyang terdiri daripada YBrs. Encik Pairin bin Intang, Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah Semporna, YBhg. Tuan Haji Mohd Taha Hj. Abdul Jalil, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Daerah Semporna, merangkap Ketua Rombongan Lawatan dan guru besar- guru besar serta pengetua-pengetua sekolah menengah daerah Semporna, Sabah. Satu taklimat ringkas mengenai struktur dan perkembangan institusi pendidikan milik MARA telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abd Rahim bin Hashim selaku Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA kepada peserta delegasi.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.