PROGRAM PROFESSIONAL ENHANCEMENT PROGRAM: A TALK ON GLOBAL EDUCATION & OPPORTUNITIES

Dr. Maya sempena Program Professional Enhancement Program: A Talk on Global Education & Opportunities

Program Professional Enhancement Program: A Talk on Global Education & Opportunities telah diadakan pada 9 Jun 2012, Sabtu, bertempat di Dewan Utama, Aras 6, Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, jam 8.30 pagi.

Program ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan turut disertai seramai 600 jemputan yang memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada YB dan Ybhg. Ahli Majlis MARA, Dato’ Hanisah binti Omar, Timbalan ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Tuan Haji Mohd Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA, Wakil Agensi dan CEO Anak Syarikat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahli Pengurusan MARA, CEO Subsidiari MARA dan Wakil Pelajar Institusi Pengajian MARA (IPMa).

 

Program ini telah dibahagikan kepada dua slot taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Puan Czarina Alia binti Abd. Razak, Ahli Majlis MARA, bertajuk “Global Entrepreneurs’ Mind”, dibantu oleh Dr. Sa’aidah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej MARA Banting, selaku moderator pertama, dan diikuti dengan taklimat bertajuk “Global Education & Opportunities” dari Dr. Maya Soetoro-Ng, Pakar Akademik dari University of Hawaii dan dibantu oleh Puan Salmah Hayati binti Ghazali, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA selaku moderator kedua.

 

Dr. Maya Soetoro-Ng merupakan adik tiri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat kepada anggota kerja sector pendidikan MARA khususnya, dan member peluang untuk membina jalinan hubungan kerja dengan pakar dalam bidang pendidikan.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.