MAJLIS PELANCARAN MARA IBS & PROPERTY EXHIBITION 2012 (MIPEX 2012)

YB Menteri KKLW ketika merasmikan MIPEX 2012

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Pelancaran MARA IBS & Property Exhibition 2012 (MIPEX 2012) pada 29 Mei 2012 (Selasa) jam 2.15 petang bertempat di Dewan Utama Menara MARA, Tingkat 6, Kuala Lumpur.

 

Program IBS Bumiputera adalah gabungan Program IBS dan Hardware MARA serta program IBS Bumiputera Nasional yang diuruskan oleh MARA. Program IBS-Hardware MARA dilaksanakan sejajar Roadmap IBS-Hardware MARA yang bermatlamat membangunkan rantaian nilai dan bekalan industri IBS dan hardware EKS yang diperluaskan kepada pembangunan guna tenaga modal insan. Pameran MARA IBS & Property Exhibition 2012 (MIPEX 2012) akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 29 Mei hingga 1 Jun 2012 di Ruang Legar Medan MARA dan terdapat juga beberapa pengisian lain seperti seminar dan forum.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.