SOFT LAUNCH ’ASIA- PACIFIC AESTHETICS, SPA AND WELLNESS BUSINESS CONFERECE AND EXHIBITION 2012 ’

YBhg. Puan Czaria Alia binti Abd Razak, Ahli Majlis MARA memberi ucapan ketika Soft Launch ‘Asia -Pacific Aesthetics, SPA & Wellness Business Conference & Exhibition 2012’

YBhg. Puan Czaria Alia binti Abd Razak, Ahli Majlis MARA telah menyempurnakan Soft Launch ’Asia- Pacific Aesthetics, SPA And Wellness Business Conferece And Exhibition 2012 ’pada 25 Mei 2012 (Jumaat) jam 9.45 pagi bertempat di Tingkat 24, Anjung Korporat, Medan MARA Kuala Lumpur.

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan bakal menganjurkan “Asia-Pacific Aesthetics, Spa & Wellness Business Conference & Exhibition 2012”, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh pada 11 dan 12 Julai 2012 di Hotel Impiana, Ipoh. Acara yang turut mendapat pengiktirafan dari Federation of Holistic Therapists, UK; Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia atau MAWSPA dan Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera atau MABESPA membariskan 15 orang penceramah dari 8 negara termasuk United Kingdom, Australia, Thailand, Singapura, China/Hong Kong, Filipina dan Malaysia. Matlamat penganjuran acara ini adalah untuk membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan dan juga Bumiputera untuk memperlihatkan produk-produk, perkhidmatan, teknologi dan kemahiran mereka kepada pasaran yang lebih global.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.