MAJLIS PERASMIAN MRSM BETONG, SARAWAK

YB Menteri KKLW ketika merasmian MRSM Betong, sarawak

YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah merasmikan MRSM Betong, Sarawak pada 24 Mei 2012 jam 10.00 pagi.

 

MRSM Betong telah mula beroperasi pada 17 November 2008 merupakan MRSM yang ke-41 dibina di bawah sistem pendidikan MARA.

 

Setakat ini, MRSM Betong mempunyai pelajar seramai 574 pelajar; 241 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan. Kapasiti MRSM Betong pada masa ini mampu menampung seramai 750 pelajar berdasarkan kemudahan yang sedia ada di maktab ini adalah satu blok 4 tingkat untuk pelajar putera dan satu blok 4 tingkat untuk pelajar puteri. Bagi memudahkan urusan pengurusan dan pemantauan, sebanyak 34 unit rumah kediaman (kuarters) turut dibina untuk penempatan warga MRSM Betong.

 

YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak dan YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia turut hadir majlis ini.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.