MAJLIS PERASMIAN KELANTAN FIESTA

YBhg. Tuan Haji Mohd Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA ketika Majlis Perasmian Kelantan Fiesta 2012

YBhg. Tuan Haji Mohd Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kelantan Fiesta 2012 pada 22 Mei 2012 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat di Ruang Legar Medan MARA, Kuala Lumpur. Program ini merupakan usaha MARA untuk mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2012 dan memperkenalkan produk usahawan Kelantan ke peringkat lebih tinggi dan berdaya saing.

 

Program ini turut bertujuan membantu usahawan Bumiputera negeri Kelantan yang terlibat untuk membina jaringan pasaran baru serta memperluaskan jaringan perniagaan sedia ada.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.