MAJLIS PELANCARAN MRSM INNOVATIVE COMMUNITY EVENT (MICE)

Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika melancarkan MRSM Innovative Community Event (MICE) 2012

Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan melancarkan MRSM Innovative Community Event (MICE) 2012 pada 19 Mei 2012 bertempat di Dewan Konferen, Tingkat 10, Hotel Syuen, Perak.

 

Pelancaran ini adalah usahasama A1 Niaga Sdn. Bhd, Mercy Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia dan Ansara. Program yang bermula sejak tahun 2010 yang telah dirasmikan oleh  YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan digerakkan dengan pelbagai fasa program yang menjuruskan kepada Moving Innovation- creating ideas into values di mana para pelajar menjana idea mereka dalam ruang lingkup Teknologi Mudah Alih (Mobile Technology).

 

Program turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir serta Yang Berhormat Dato’ Seri  Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.