ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2011

YBhg. Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA memberi penerangan Pameran MARA sempena Anugerah Perhidmatan Cemerlang 2012 kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara  telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2011 Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan dan Selangor pada 8 Mei 2012 bertempat di Dewan Utama, Menara MARA, Kuala Lumpur.

 

Kehadiran YBhg. Ketua Setiausaha Negara kali kedua ini selepas Majlis Perasmian Pelan Transformasi MARA telah menyuntik semangat seramai 208 penerima anugerah dalam majlis penyampaian anugerah ini. Pada tahun ini, jumlah keseluruhan penerima ialah seramai 847 orang warga kerja MARA dari pelbagai gred jawatan.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.