TAHNIAH KOLEJ MARA KUALA NERANG

Pelajar-pelajar Kolej MARA Kuala Nerang.

International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-Envex) And Malaysian International Young Inventors Olympiad (Miyio) 2012 telah diadakan pada  26 hingga  29 April 2012 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pertandingan ini turut disertai oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Kolej MARA Kuala Nerang.

 

Pertandingan ini melibatkan 13 buah negara dan sebanyak 350 projek mengikut kategori dipertandingkan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah :

 

  • Classed A: Agriculture & Environmental and Renewable Energy
  • Classed B: Automotive, Transportation & Industrial Design
  • Classed C: Biotechnology, Health & Chemicals
  • Classed D: Building, Construction & Materials
  • Classed E: I.C.T, Multimedia & Telecommunications, Electricity & Electronic
  • Classed F: Manufacturing Process & Machines and Equipment
  • Classed G: Social Science

 

Kolej MARA Kuala Nerang telah memenangi dalam kategori A,B,C dan F. Nabil Syamim bin Noh dan Mohd ‘Afaf bin Mohd Rozi telah memenangi Bronze Prize, Grand Award Asia Invention Association dalam kategori A melalui projek inovasi Green Capsule. Dalam kategori A juga melalui projek inovasi Buoyant Energy Generator (BEG), Muhammad Hanif bin Ghazali dan Ibrahim Fikry bin Abd Nasir telah memenangi Silver Prize.

 

Bagi kategori B, Muhamad Farid bin Muhamad Khosim dan Mohd Shahrul Izzat bin Abdullah telah memenangi Gold Prize, i-ENVEX Best Award Classed B (Automotive, Transportation & Industrial Design) melalui projek inovasi Electromagnetic Disc Brake System (E-DIBS).

 

Farah Hannani binti Ahmad Shazali dan Hanis Nasuha binti Abdul Salam telah memenangi Silver Prize dalam kategori C melalui projek inovasi Anti-Ulcerogenic Effect Of Strobilanthes Crispus Extract On Ethanol-Induced Damage In Rats. Dalam kategori yang sama, Mohamad Shamirul Afiq bin Murat dan Muhammad Akhyar bin Azhar telah memenangi Silver Prize, Special Award Korea Invention Academy melalui projek inovasi Preliminary Study On The Effects Of Dates On Male Reproductive System. Nur Amirah binti Mohd Azam dan Fatimatul Zaharah binti Mohd Zaini turut memenangi Gold Prize dalam kategori C melalui projek The Effectiveness Of Swietenia Macrophylla In Inhibiting B-Glucosidase Enzyme. Syarifah Nur Syamimi binti Syed Omar dan Nur Aliah Amirah binti Amran juga turut memenangi Gold Prize, EYRec Young Scientist Award melalui projek inovasi Studies On Antimicrobial Activities Of Common Traditional Remedies For Sore Throat Against Streptococcus.

 

Dalam kategori F, Mohd Shafiq Iqbal bin Samsuri, Hanif Hilman bin Roslan dan Ahmad Hanif bin Baharom memenangi Silver Prize melalui projek inovasi Antinociceptive Activity Of Methanol Extract Of Syzygium Polyanthum. Manakala Muhammad Yassin bin Abd Rahim, Bushra binti Zolkepli dan Nurliyana binti Khazali memenangi Gold Prize, Romanian Inventors Forum Award.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.