KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2012 PERINGKAT NEGERI PERAK

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan MARA 2012 selama dua (2) hari di Stadium Indera Mulia pada 7 dan 8 April baru-baru ini.

 

Sebanyak 64 institut pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dalam karnival itu yang dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk golongan sasar memilih jurusan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Turut diadakan pameran kerjaya dalam bidang ICT yang melibatkan 12 industri  dimana ia boleh membantu lepasan SPM untuk melihat sendiri perkembangan kerjaya atau masa depan industri berkenaan di masa hadapan. Antara agensi yang terlibat termasuklah Spacetoon dan sebagainya. Pihak penganjur juga turut mengadakan ceramah berhubung peluang pendidikan dalam bidang ICT. Melalui Karnival Usahawan,  pelbagai pengisian diadakan antaranya antaranya jualan produk usahawan, ceramah dan sebagainya.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Roshidi bin haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh. Turut hadir sama Puan Rusnah binti Yusoff, Pengarah MARA Negeri Perak, Tuan Haji Yahya bin Ibrahim, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan MARA dan Encik Abdul Rashid bin Mohd said, Pengarah Dasar Dan Perancangan Strategik MARA.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.