PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA KOMUNITI USAHAWAN MARA NEGERI SELANGOR

YB Menteri KKLW ketika penyampaian sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah Kuala Selangor.

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Usahawan MARA Negeri Selangor pada 3 April 2012 (Selasa) jam 2.15 petang bertempat di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor, Batu 1, Jalan Kelang, Selangor.

 

Program Mesra Rakyat YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merupakan satu usaha MARA untuk mengadakan engagement  bersama rakyat dalam memberi kesedaran  sekali gus meuar-uarkan tentang pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA khususnya dalam membangunkan usahawan yang berjaya dan inovatif.

 

Penyampaian cek Usahawan Kecil Dinamik (UKD) kepada 63 orang penerima, penyampaian cek Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) kepada lima (5) orang penerima, penyampaian cek Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) empat (4) orang penerima, penyampaian cek Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) empat (4) orang penerima, penyampaian sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah Kuala Selangor seramai 50 orang pelajar, penyampaian Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat negeri Selangor seramai 14 penerima telah diadakan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.