HEBAHAN SIARAN PROGRAM ‘KAMPUNG KITA’ DI TV3

Satu usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Media Prima Berhad telah dibuat dalam penghasilan satu program TV bertajuk ‘Kampung Kita’.

Program TV ‘Kampung Kita’ yang berkonsep majalah tv ini berdurasi selama 30 minit dengan siaran sebanyak 26 episod di mana setiap episod memaparkan enam (6) segmen menarik seperti inisiatif projek fizikal, produk usahawan luar bandar, personaliti, diari program semasa, program pengupayaan dan informasi grafik komitmen dan kejayaan penyediaan Infrastruktur Asas Luar Bandar.’Kampung Kita’bertujuan mengingtegrasikan perspektif KKLW ke dalam arus perdana pembangunan negara dengan mengupas isu pembangunan luar bandar untuk kesejahteraan sosial.

‘Kampung Kita’ akan disiarkan setiap Rabu jam 6.00 petang mulai minggu hadapan (4 April 2012) di TV3.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti rancangan ini.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.