MAJLIS PENUTUP PROGRAM KAYUH KOTA MARA

YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA ketika menyampaikan hadiah pemenang acara Kayuh Kota.

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Kayuh Kota MARA pada 31 Mac 2012 (Sabtu) jam 9.45 pagi bertempat di Hadapan Menara MARA, Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA (dua dari kiri) bersama warga kerja MARA dalam acara Fun Ride Kayuh Kota.

Program Kayuh Kota MARA ini diadakan bertujuan memperkenalkan sukan berbasikal sebagai gaya kehidupan sihat kepada orang ramai khususnya warga kerja MARA, menghimpun dan memperkenalkan pengusaha dan produk basikal seterusnya meningkatkan imej Medan MARA sebagai pusat perniagaan Bumiputera tersohor di Malaysia.

Seramai 1000 warga kerja MARA dan orang ramai akan menyertai program ini serta menyempurnakan kayuhan sejauh 1.8 kilometer di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.

 

Sebanyak enam (6) kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita Pecut Mountain Bikes, Lelaki dan Wanita Pecut Orang Kelainan Upaya (OKU), Remaja 13 hingga 17 Tahun serta Kategori Fun Ride atau pakaian seragam.

 

Kategori Fun Ride atau pakaian seragam dijangka akan mendapat perhatian yang mana melalui kategori ini, setiap pasukan akan disertai oleh empat (4) orang peserta dan pemenang akan dipilih berdasarkan keunikan pakaian mereka.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.