KPM PERINGKAT NEGERI KELANTAN CATAT 50,000 PENGUNJUNG

YBrs. Encik Saufi bin Deraman, Ahli Majlis MARA merasmikan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Kelantan.

Kali ini siri jelajah KPM 2012 diteruskan di peringkat negeri pantai timur dimulakan dengan Negeri Kelantan pada 28 dan 29 Mac 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Saufi bin Deraman, Ahli Majlis MARA. Sebanyak 77 buah booth pameran pendidikan IPTA dan IPTS yang menyertai KPM Negeri Kelantan  telah berjaya menarik seramai 50,000 para pengunjung. Apatah lagi dengan promosi dan publisiti daripada Radio Malaysia Kelantan yang turut membuat liputan pada setiap hari karnival berlangsung.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.