SIRI JELAJAH KPM DITERUSKAN DI NEGERI PAHANG

Siri jelajah KPM diteruskan lagi dan kali ini di Negeri Pahang pada 24 hingga 25 Mac 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Bertepatan dengan 3 hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, kehadiran seramai 25,000 pengunjung yang terdiri para ibu bapa dan lepasan SPM memeriahkan karnival yang bukan sahaja menawarkan peluang melanjutkan pelajaran malahan peluang kerjaya sebanyak xx syarikat terkemuka di Malaysia. KPM Peringkat Negeri Pahang dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Azman bin Nik Abdul Majid, Ahli Majlis MARA pada hari pertama karnival telah menyeru para ibu bapa dalam ucapannya untuk membuat perbandingan dan penilaian institusi pendidikan yang menawarkan program pengajian dan kemudahan prasarana yang bersesuaian Sebanyak 97 buah ruang pameran dengan penyertaan 89 IPTA, IPTS dan institusi pendidikan MARA menyertai Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Pahang ini.     

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.