MRSM IDEAPRENEUR INNOVATION PROGRAMME KE-II –Moving Innovation

MRSM IDEAPRENEUR INNOVATION PROGRAMME KE-II telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mac 2012 bertempat di Dewan Gemilang, German Malaysian Institute, Bangi,Selangor. Dengan tema Moving Innovation, program ini merupakan platform terbaik kepada pelajar-pelajar MRSM mengemukakan cadangan projek yang kreatif dan inovatif yang seterusnya dapat diketengahkan kepada masyarakat.

 

Majlis penutup program ini ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA. Menurut beliau, program kolaborasi antara MARA dan Yayasan Inovasi Malaysia terbukti berjaya mewujudkan pelajar MRSM yang berfikiran kritis dan kreatif di samping membina karakter kepimpinan melalui komunikasi yang berkesan.

 

YBhg. Dato’ Shazalli bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad turut hadir menyampaikan ucapan inspirasi sempena majlis penutup program ini.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.