JELAJAH KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012 KE UTARA

Pengunjung Karnival Pendidikan MARA 2012 di Alor Setar,Kedah

Karnival Pendidikan MARA meneruskan jelajahnya ke utara di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program yang diadakan selama dua hari pada 21 dan 22 Mac 2012 ini diadakan serentak dengan MARA Food Festival anjuran MARA Negeri Kedah. Sambutan daripada pengunjung amat menggalakkan apatah lagi program diadakan pada minggu keputusan SPM diumumkan. KPM 2012 Negeri Kedah di rasmikan oleh Tuan Haji Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah MARA pada hari pertama karnival jam 3.00 petang. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para ibu bapa dan pelajar untuk memilih bidang pengajian mengikut kesesuaian dan minat. Justeru, semua pihak perlu mengambil kesempatan daripada karnival pendidikan untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan institusi pendidikan serta bidang-bidang pengajian yang ditawarkan. Lebih 70 buah ruang pameran telah disediakan untuk pengunjung meliputi IPTA, IPTS dan juga institusi pendidikan MARA.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.