PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA KOMUNITI USAHAWAN MARA NEGERI SEMBILAN

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Usahawan MARA Negeri Sembilan pada 20 Mac 2012 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Arked MARA Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh MARA di samping membuka minda dalam memantapkan lagi perniagaan usahawan terutama usahawan luar bandar.

Seramai 14 orang usahawan akan menerima cek Pembiayaan Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik), Penyerahan sumbangan beg sekolah kepada 80 orang pelajar miskin dan penyampaian bantuan barang keperluan harian kepada tiga (3) orang penerima sekitar Port Dickson dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan telah diadakan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.