MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DAN BRUNEL UNIVERSITY, UNITED KINGDOM

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Brunel University, United Kingdom telah diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi (MARA) Beranang, pada 15 Mac 2012, jam 12.30 tengah hari.

 

Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Profesor Geoff Rodgers, Pro Naib-Canselor Brunel University, United Kingdom, dan Tuan Haji Abd Rahim bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA sambil disaksikan oleh Encik Moh Fadzil bin Ghazali, Pengarah Bahagian Kemahiran Tinggi (MARA) dan Profesor John Stonham, Tutor Kanan Fakulti Reka Bentuk dan Kejuruteraan, Brunel University, United Kingdom. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Encik Chris Chang, Pengarah Bahagian Akademik, Brunel University, United Kingdom. Objektif utama Memorandum Persefahaman (MoU) ini adalah bagi mengadakan hubungan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi luar negara dan mengadakan laluan untuk lepasan diploma Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang lain untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti luar negara.

 

Memorandum Persefahaman (MoU) ini meberikan faedah kepada MARA dalam fungsi memastikan graduan MARA yang cemerlang diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, menghasilkan pelajar MARA yang berdaya saing dan kompetitif di peringkat antarabangsa, dan memberikan ruang bagi pelajar menimba ilmy dan pengalaman dalam bidang teknikal serta mempraktikkan ilmu yang diperolehi di luar negara apabila mereka berada di alam pekerjaan kelak.  

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.