JELAJAH KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012 BERMULA DI MELAKA

YBhg. Tuan Haji Abd. Rahim bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA ketika merasmikan KPM 2012 di Melaka.

Karnival Pendidikan MARA 2012 memulakan siri jelajah untuk tahun ini bermula dari 10 Mac hingga 15 April. Sembilan buah lokasi telah terpilih di negara bermula di Melaka. YBhg. Tuan Haji Abd. Rahim bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA telah melancarkan jelajah KPM 2012 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Dalam ucapannya, beliau mengharapkan jelajah carnival pendidikan yang telah bermula sejak tahun 2000 ini akan dapat memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa untuk membuat keputusan tepat mengenai masa hadapan kerjaya para pelajar.

 

Sepanjang penganjuran carnival selama 2 hari di negeri Melaka ini, pelbagai program telah di atur antaranya adalah pameran daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) serta swasta (IPTS) dalam dan luar Negara, program khidmat kaunseling kerjaya serta klinik kerjaya. Sebanyak lebih 60 buah ruang pameran telah disediakan untuk pengunjung meliputi IPTA, IPTS dan juga institusi Pendidikan MARA Para pengnjung pula terdiri daripada pelbagai lapisan pencapain sama ada peringkat SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Pertama termasuklah Pasca Ijazah.

 

Istimewanya KPM 2012 pada tahun ini ialah kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja mengadakan karnival kerjaya yang membuka peluang kepada pencari-pencari kerja. Sebanyak 54 syarikat terlibat dalam menawarkan pelbagai peringkat pekerjaan khususnya bagi pencari pekerja di negeri Melaka.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.