JEMPOL FEST 2012

YB Dato’ Hasan bin Malek,  Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah merasmikan JEMPOL FEST 2012 pada 3 Mac 2012 (Sabtu) jam 11.00 pagi bertempat di Arked Seri Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Yunus bin Rahmat, Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato’ Shamsul Kahar bin Md Deli, Ahli Dewan Undangan Negeri Serting, YBhg. Tuan Haji Mohd Rosdi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan), YBhg. Encik Wan Razali bin Wan Awang, Pegawai Daerah Jempol, Ketua-ketua Jabatan,  Agensi dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan.

 

Program ini merupakan salah satu inisiatif MARA dalam membantu para usahawan Bumiputera khususnya yang terlibat secara langsung dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mempromosi produk atas jenama syarikat masing-masing.

 

Penyampaian cek Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SpiKE) kepada empat (4) orang penerima dan Pembiayaan Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) kepada dua belas orang penerima  turut diadakan sempena majlis ini.

 

Selain itu, sumbangan beg sekolah kepada 100 pelajar miskin sekitar Jempol dan sijil kursus GiatMARA serta Anugerah Desa Cemerlang Daerah Jempol turut disampaikan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.