SEMINAR TRANSFORMASI KEUSAHAWANAN MARA

Seminar Transformasi Keusahawanan MARA telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 12 Februari 2012 bertempat di Rural Transformation Centre (RTC), Gopeng, Perak. Program ini melibatkan usahawan-usahawan bimbingan MARA yang terdapat dalam Negeri Perak. Program ini julung kali diadakan sebagai satu kaedah membudayakan masyarakat dengan bidang keusahawanan.

Seramai  lebih 800 orang Usahawan telah hadir untuk mengikuti Seminar ini yang akan disampaikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad iaitu Dato’ Ameer Ali bin Mydin.

Seminar ini merupakan program perkongsian ilmu di antara usahawan yang telah berjaya dengan usahawan-usahawan baru serta usahawan sedia  ada dalam negeri Perak.

 Program ini diadakan sejajar dengan penjenamaan semula Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang dahulunya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani kepada Rural Transformation Centre (RTC)di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain penglibatan Usahawan-usahawan MARA terdapat juga penglibatan daripada ahli-ahli Persatuan Penjaja dan NGO yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi Bumiputera.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.