MAJLIS PENYAMPAIAN DOKUMEN SERAHAN BANGUNAN MENARA MARA

Majlis penyampaian dokumen serahan bangunan Menara MARA telah diadakan pada 9 Februari 2012, Khamis, bertempat di Dewan Utama,Aras 6, Menara MARA, jam 11.00 pagi.

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penyampaian dokumen serahan Menara MARA ini ialah daripada Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd. Selaku kontraktor utama (reka dan bina) dan seterusnya kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada MARA Incorporated Sdn. Bhd., selaku pengurus bangunan Menara MARA.

 

Menara MARA setinggi 33 tingkat yang terletak di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur ini merupakan mercu tanda MARA sebagai pusat perdagangan komersial yang mampu merancakkan pembangunan serta penguasaan ekonomi Bumiputera. Pembinaan Menara MARA ini juga selaras dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, yang merupakan salah satu tumpuan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

 

Menara MARA dibangunkan di tapak bangunan pertama MARA yang siap dibina pada 1967 dan merupakan pusat pentadbiran MARA serta ibu pejabat MARA pada ketika itu. Bangunan lapan tingkat ini kemudiannya dirobohkan pada tahun 2005 untuk projek pembinaan Menara MARA, sesuai dengan tuntutan dan perubahan semasa serta meliputi kehendak dan cita rasa pelanggan. Dijangkakan bermula operasi pada bulan Mei 2012, bangunan Menara MARA ini meliputi komponen-komponen seperti Retail Podium, Meetings, Inncentives, Conferences and Exhibitions Halls (MICE), Service Offices, Mechanical and Electrical, ruang pejabat, hotel dan ruangan meletak kenderaan.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.