MAJLIS ANUGERAH SIJIL KEMAHIRAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MERENTASI SEMPADAN MARA-KEMBOJA

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah menyempurnakan Majlis Anugerah Sijil Kemahiran Program Khidmat Masyarakat Merentasi Sempadan MARA-KEMBOJA pada 2 Februari 2012 bertempat di Dewan Besar, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.

Program khidmat masyarakat ini adalah merupakan satu community service yang perlu dipenuhi oleh pelajar IB dan A Level Kolej MARa Banting dan Kolej MARA Seremban selama 50 jam sepanjang tempoh 2 tahun pengajian. Mereka akan mengumpul dana daripada orang perseorangan serta badan korporat untuk pembinaan masjid, perpustakaan, kesihatan, buku, pakaian dan sebagainya. Seramai 17 belia Kemboja dikenal pasti dan dipilih untuk mengikuti pembelajaran di Pusat GIATMARA di Malaysia. Kos pengajian telah disumbangkan oleh Yayasan Pelajaran MARA.

Justeru, majlis yang julung kali diadakan ini memberi penganugerahan/pengiktirafan kepada para belia tersebut sebagai penyuntik semangat untuk berbakti kepada Negara mereka kelak.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.