MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL MERAKYATKAN KEUSAHAWANAN 2012 PERINGKAT NEGERI MELAKA

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah  telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 Peringkat Negeri Melaka pada 28 Januari 2012 (Sabtu) bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Karnival ini merupakan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) .  Karnival ini bertujuan untuk menggalakkan lagi bidang keusahawanan di kalangan rakyat negeri Melaka khususnya. Antara pengisian karnival ini adalah Pameran Jualan Produk Usahawan, Pertandingan Autoshow, Business Talk Usahawan MARA dan Penyerahan Cek Usahawan Kecil Dinamik (UKD).

Karnival ini juga diserikan dengan persembahan artis dan pelbagai pertandingan antaranya pertandingan gubahan,mewarna,Kayuhan Hijau (Basikal Ria),masakan dan kugiran khusus untuk para pengunjung.

YB Menteri KKLW juga turut melawat rumah yang dibaiki di bawah Program PBR GIATMARA di Kg. Ayer Paabas dan Kg. Jelatang.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.