MAJLIS PELANCARAN MALAYSIA DESIGN YEAR 2012

Majlis pelancaran Malaysia Design Year 2012 telah diadakan pada 20 Januari 2012, Jumaat bertempat di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay,Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat, YBhg Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Design Development Centre (DDEC), YB Datuk Md Othman Yusof.

Bertemakan ‘Malaysia Design for the World’, Malaysia Design Year 2012 yang akan berlangsung hampir setiap bulan merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Reka Bentuk Sdn Bhd (DDEC) melibatkan pelbagai aktiviti seperti seminar, ekspo, pertandingan yang melibatkan penggiat industri reka bentuk untuk meningkatkan kualiti penjenamaan produk supaya lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Objektif penganjuran Malaysia Design Year 2012 adalah bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan industri reka bentuk untuk memacu ekonomi ke arah status negara maju pada tahun 2020. Selain itu, dengan penganjuran program ini juga akan dapat menggalakkan penjanaan serta perkongsian ilmu berkaitan industri reka bentuk di antara penggiat industri reka bentuk tempatan dan antarabangsa.

Selain pelancaran program Malaysia Design Year 2012, program-program lain juga telah dianjurkan bagi memeriahkan dan menambah inti pati dalam majlis pelancaran ini seperti Pameran Reka Bentuk dan Inovasi, Pertunjukan Fesyen daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Perjanjian Persefahaman (MoU) DDEC dengan Pekan Legasi, Penyampaian Hadiah Pertandingan Mural & Grafiti DDEC serta Penyampaian Bantuan Penjenamaan kepada Usahawan-usahawan MARA.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.