MAJLIS PELANCARAN ASM SYARIAH CAPITAL PROTECTED SECTOR LINKED FUND DAN PROGRAM TRANSFORMASI ASMB 2011-2015

Majlis pelancaran ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund dan Program Transformasi ASMB 2011-2015 telah diadakan pada 14 Disember 2011, Rabu, bertempat di Ballroom 2, Hotel Marriott, Putrajaya, jam 12.30 tengah hari.

Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat merangkap Pengerusi Amanah Saham MARA Berhad, YB Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi ASM Investment Services Berhad, YB Datuk Zamani Md Noor.

ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund dihasilkan bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang dapat memberi perlindungan modal dan mampu dimiliki oleh semua. Produk ini disasarkan kepada terutamanya pelabur institusi, koperasi dan juga individu. ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund mempunyai saiz dana sebanyak 500 juta unit dan ditawarkan pada harga RM 0.50 sen seunit dari 29 November 2011 hingga 12 Januari 2012. Pelabur boleh melabur ke dalam dana ini menerusi ibu pejabat ASM Investment di Kuala Lumpur, perunding Unit Amanah, ejen-ejen kutipan serta IUTA yang dilantik di seluruh negara.

 ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund ini amat sesuai untuk para pelabur yang memerlukan produk pelaburan yang selamat dan konservatif dengan pulangan dalam jangka masa sederhana. Pelaburan permulaan minimum ialah RM 1,000 dan pelaburan tambahan minimum adalah RM 100.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.