MAJLIS MALAM PENGHARGAAN DAN JAMUAN TAHUNAN MARA 2011

Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2011 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 7 Disember 2011, jam 8.30 malam bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana. Majlis ini turut dihadiri seramai 1000 para jemputan dan tetamu yang diraikan. 

Seramai 179 orang pesara serta 195 warga kerja yang telah berkhidmat selama 25 tahun di MARA diraikan dalam acara tahunan ini bagi memberi penghargaan dan apresiasi atas curahan jasa dan bakti yang telah disumbangkan sepanjang perkhidmatan di MARA.

YB Dato’ Hasan turut memberi penghargaan kepada 6 penerima anugerah Inovasi MARA yang telah berjaya serta melaksanakan penambahbaikan dalam aktiviti/proses/sistem tugas di Bahagian/Pusat Pentadbiran.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.