MELAHIRKAN PEKERJA MRO

pix_middle.jpg

KOLABORASI...Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Ibrahim (kiri) dengan Ahmad di Langkawi, semalam.

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menandatangani perjanjian kolaborasi strategik dengan National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) bagi melahirkan lebih ramai tenaga Bumiputera dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan dalam industri aeroangkasa dan pertahanan.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, usaha sama itu bertujuan melahirkan modal insan yang mampu menjana kekayaan selain meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir yang berdaya saing selari dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

“Modal insan profesional yang dilahirkan nanti berasaskan keperluan industri yang mampu mewujudkan landasan kerjaya berpotensi tinggi,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian itu sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (Lima’11) yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, semalam.

Dalam majlis itu, Nadi diwakili Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Ahmad Johan.

Ibrahim berkata, usaha sama itu turut membolehkan Mara dan Nadi meneroka peluang perniagaan dalam MRO serta pembuatan yang dianggarkan bernilai RM208 bilion menjelang 2020.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun, Mara akan melahirkan seramai 3,450 pelajar kursus berkaitan MRO dan teknologi penyelenggaraan pesawat di Malaysian Institute of Aviation Technology (Miat) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Terdahulu, dalam majlis berasingan, Najib dan Ahmad turut menyaksikan Perjanjian Perkhidmatan Rundingan Teknikal (TCSA) antara Airod Sdn Bhd (Airod) dengan Malaysian Aerospace Engineering Sdn Bhd (MAE).

Menerusi perjanjian itu, MAE akan menyediakan perkhidmatan perundingan kepada Airod bagi pembangunan kluster MRO aeroangkasa di lapangan terbang baru Kunming, China.

Sumber Gambar & Artikel : myMetro – http://www.hmetro.com.my/articles/LahirpekerjaMRO/Article

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.