KARNIVAL KEMBALI KE SEKOLAH

Majlis Amanah Rakyat telah menganjurkan Karnival Kembali Ke Sekolah pada 5 hingga 18 Disember 2011 bertempat di Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Karnival ini merupakan acara tahunan MARA dalam usaha memartabatkan Medan MARA Kuala Lumpur sebagai antara pusat perniagaan Bumiputera tersohor di Malaysia yang seterusnya menjadi pemangkin kejayaan program pembangunan usahawan Bumiputera di premis perniagaan MARA seluruh negara.

 

Karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam industri pendidikan dan peralatan sekolah dan seterusnya mempromosikan perniagaan yang dijalankan kepada orang ramai. Seramai 64 usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan berkaitan industri tersebut akan menyertai karnival ini.

 

Pelbagai acara menarik telah diatur dalam memeriahkan karnival ini. Antara pengisian acara untuk orang ramai adalah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Puzzle Challenge, Siti Sifir, Spell It Rights, Cabutan Bertuah, Treasure Hunt, Motivasi Kecemerlangan Pelajar serta Kuiz Sains dan Matematik. Satu sesi business matching juga akan dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengeluar, pemilik produk dan orang ramai yang berminat untuk menjadi pengedar industri berkaitan pendidikan dan peralatan sekolah untuk  bersua muka dan berbincang serta meneroka peluang-peluang perniagaan berkaitan industri ini.  

 

Karnival ini juga akan memberi banyak manfaat kepada para pengunjung seperti peluang mendapatkan pelbagai pilihan produk/pakej kembali ke sekolah yang menarik dan berpatutan dengan kualiti barangan yang terjamin. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada peserta pameran untuk mempromosi produk masing-masing di tempat yang kondusif dan peluang mendapatkan prospek pengedar perniagaan masing-masing.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.