MAJLIS PERASMIAN MARA FESTIVAL AUTO 2011

YB Datuk Haji Ariss bin Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sektor Keusahawanan MARA, telah menyempurnakan Majlis Perasmian MARA Festival AUTO 2011 pada 25 November 2011 (Jumaat) jam 3.50 petang bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor.

Festival ini berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 24 – 28 November 2011, jam 9.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam. Festival ini bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan automotif Bumiputera untuk memasarkan produk jualan melalui jaringan dan padanan perniagaan yang lebih efektif.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.