MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KESIHATAN, KECANTIKAN DAN SPA

Majlis Perasmian Karnival Kesihatan, Kecantikan dan Spa telah dirasmikan oleh, YBhg. Datin Norainee binti Mohd Yatib, Isteri kepada YB Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 31 Oktober 2011 (Isnin) jam 3.00 petang bertempat di Ruang Legar Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Turut hadir majlis ini iaitu YBhg. Datin Nor’ Ashikin binti Ambak, YBhg. Datin Hajah Faridah binti Khalid dan Puan Norzaimah binti Mohd Nor.

Karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam industri kecantikan, kesihatan dan spa kepada umum sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Karnival ini akan melibatkan seramai 60 peserta usahawan Bumiputera daripada industri kesihatan, kecantikan dan spa di samping beberapa pengisian seperti panduan penjagaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, sesi business matching, kempen pengurangan Body Mass Index (BMI) dan ceramah keusahawanan.

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.