MARA RAIH TIGA PINGAT MENERUSI PENYERTAAN PADA THE IENA NUREMBERG, GERMANY

Projek Hanger Dryer oleh Encik Manap bin Ab Razak, IKM Johor Bahru telah berjaya memenangi pingat emas menerusi penyertaan pada The iENA Nuremberg-International Trade Fair Ideas, Invention, New Products 2011 yang berlangsung di Exhibition Centre Nuremberg, Messezentrun, Nuremberg, Germany pada 27 hingga 30 Oktober 2011. Manakala projek Smart Rub oleh Encik Nor Azmi bin Sumiran dan Encik Hamdan bin Ayoub dari IKM Johor Bahru, meraih pingat perak, serta projek Ground Plug oleh Encik Muhd Mulyadi bin Tauhid, IKM Sik, memperoleh pingat gangsa pada penyertaan yang sama.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.