ZON HIJAU DI MRSM

 

MARA menyokong hasrat penanaman 16 juta pokok di Malaysia menerusi Pelancaran Program Hutan Kita@Schools yang dianjurkan di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. Program tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Landskap Malaysia pada 22 Oktober yang lalu.

Program Hutan Kita@Schools ini bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat melalui penambahan lebih banyak zon hijau di kawasan MRSM. Sebanyak 700 pokok telah berjaya ditanam di beberapa lokasi terpilih sekitar MRSM Kepala Batas. Atas kerjasama erat MARA, pihak Landskap Malaysia akan memperluaskan program ini kepada MRSM lain di masa akan datang.

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.