LAWATAN DELIGASI NEGARA-NEGARA AFRIKA

SIRIM menganjurkan program “Training for Business Incubator Management for African Countries” di bawah Malaysian Technical Coperation Programme (MTCP)/Third Country Training Programme (TCTP)  pada 3-21 Oktober 2011 di Subang Jaya dan Shah Alam.  TCTP 2011 disertai oleh seramai 20 orang peserta daripada 4 buah negara iaitu Kenya, Nigeria, Uganda dan Zambia.

Program di bawah tajaan Kementerian Luar Negeri  (MOFA) dan South-South/Asia-Africa Cooperation Japan International  Cooperation Agency (JICA) ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan peserta dengan pembangunan EKS dan program inkubator.  Perkongsian pengalaman dan program yang dilaksanakan di Malaysia boleh dijadikan panduan kepada peserta program TCTP.

Antara tentatif program TCTP adalah mengadakan lawatan ke pusat Inkubator yang telah dibangunkan oleh agensi kerajaan.  Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) telah dipilih sebagai salah satu lokasi lawatan.

Lawatan ke KIMAR telah diadakan pada, 6 Oktober 2011 (Khamis) antara jam 9.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.  Sesi taklimat oleh YM Raja Izaham Raja Izaham, Timbalan Pengarah II, Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan (BPIP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat FITEC.  Selepas sesi taklimat, para peserta di bawa ke KIMAR untuk melawat Kilang Ezy Classic Products Sdn Bhd dan Suco Industries (M) Sdn Bhd.

Turut hadir semasa lawatan ini adalah beberapa pegawai SIRIM.

Pihak MARA turut dihadiri oleh En Ramli B Deraman, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Pn Teh Arfah Kamarul Zaman Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan serta beberapa pegawai daripada BPIP, BPI, BTP dan PMN Wilayah.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.