MAJLIS MAKAN MALAM GALA HALFEST DAN ANUGERAH USAHAWAN MARA (AURA) 2011

Majlis Makan Malam GALA HALFEST dan Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2011 telah diadakan pada 15 Oktober 2011 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dalam Majlis ini, YB Datuk Seri Mohd. Shafie bin Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  telah diwakili oleh Datuk Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ibrahim bin Mohamad, Ketua Setiausaha KKLW dan YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA.

Dalam Majlis tersebut terdapat pengisian Anugerah Usahawan MARA (AURA), yang melibatkan 5 kategori dan pemenang seperti di bawah:

Anugerah dan Pemenang AURA:

Kategori Usahawan Korporat – Syarikat Nor Alfa Holding Sdn. Bhd.

Kategori Tekno Usahawan – Mysysnet Sdn. Bhd.

Kategori Usahawan Pembuatan – Pearl Haya Sdn. Bhd.

Kategori Usahawan Peruncitan – Oli Collection Sdn. Bhd.

Kategori Usahawan Wibawa – Adhwa Enterprise

Objektif utama Anugerah Usahawan MARA (AURA) tersebut Anugerah Usahawan MARA (AURA) tersebut  adalah  bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penyewa / usahawan MARA yang cemerlang.  Memberi  publisiti   dan   penghargaan   terhadap   pencapaian cemerlang    usahawan-usahawan    yang  mendapat bantuan dan bimbingan MARA sehingga menjadi contoh kepada usahawan Bumiputera yang lain.

Ekspo Halal selama lima hari tersebut menyaksikan lebih 600 ruang pameran dibuka membabitkan usahawan industri kecil, sederhana dan syarikat besar yang mempunyai sijil halal mempamerkan produk masing-masing dan berakhir pada 16 Oktober 2011.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.