MAJLIS PERASMIAN HALFEST 2011

Majlis Perasmian Halal Fiesta (HALFEST) telah diadakan pada 12 Oktober 2011 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, PWTC, Kuala Lumpur, jam 2.30 petang.

Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustafa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal, Datuk Seri Jamil Bidin, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad, Datuk Sulaiman Tahir.

Ekspo selama lima hari tersebut menyaksikan lebih 600 ruang pameran dibuka membabitkan usahawan industri kecil, sederhanan dan syarikat besar yang mempunyai sijil halal mempamerkan produk keluaran masing-masing.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.