PROGRAM “FINISHING SCHOOL” – KETERAMPILAN GRADUAN DAN PAMERAN KERJAYA

 

Pada 14-15 September 2011 program keterampilan graduan  diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan. Seramai  222 orang pelajar tahun akhir dari Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) tajaan MARA di Negeri Sembilan telah menghadirinya. YBhg. Tuan Hají Abd Rahim bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA telah  menyampaikan sijil kepada peserta ketika majlis penutup.

Manakala  pada 3-4 Oktober 2011 program keterampilan graduan turut juga diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Seramai 207 orang pelajar tahun akhir dari Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) tajaan MARA di negeri Johor  telah turut serta . YBhg. Encik Razali bin Nurdad, Pengarah MARA Negeri Johor telah  menyampaikan sijil kepada peserta ketika majlis penutup.

 

Pada masa yang sama pameran kerjaya dan temuduga terbuka kerja turut diadakan, secara tidak langsung memberi serta membuka peluang seluas-luasnya kepada semua pencari kerja (jobs seekers). JobsMalaysia dan beberapa buah majikan menyertai pameran kerjaya ini.

 

Program keterampilan graduan diharapkan memberi impak berganda dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran Negara dalam masa yang sama membuka peluang seluruh rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf kehidupan ke tahap yang lebih baik dan sempurna.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.