KEMERIAHAN SYAWAL 1432H

Salam Aidilfitri MARA 2011 bersama YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berlangsung dengan meriah dan ceria di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada 27 September 2011.

Sambutan ini merupakan julung kali diadakan di luar ibu pejabat MARA bagi memberi ruang kepada warga MARA dan penduduk setempat bersama dengan YB Menteri, pegawai tertinggi kementerian dan juga MARA.

 

Pada majlis yang sama, empat (4) buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Kuantan, Sekolah Kebangsaan Bukit Goh, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Padang telah terpilih menerima alat bantuan mengajar e-Block sumbangan Yayasan Pelajaran MARA.

Advertisements
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.