SEMARAK RAMADAN AL-MUBARAK 1432H DAN KEMERDEKAAN KE-54

YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA dan YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA ketika Pelancaran Gimik Perasmian Sambutan Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Ibu Pejabat.

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Ibu Pejabat MARA bertemakan Semarak Ramadan Al-Mubarak 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 telah diadakan pada 15 Ogos 2011 bersamaan 15 Ramadan 1432 Hijrah bertempat di Ruang Legar Ibu  Pejabat MARA Kuala Lumpur. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA. Seramai 300 orang jemputan telah hadir berbuka puasa bersama-sama  dalam majlis tersebut.

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA turut  menyampaikan sumbangan kepada wakil anak-anak yatim kakitangan MARA. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan lagu dari kumpulan nasyid Devotees. Bersempena majlis ini, turut disertakan pelancaran gimik perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Ibu Pejabat berkonsepkan “Ekspresikan Semangat Kemerdekaan dengan Tandatangan” oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA.

Tahlil kemerdekaan, solat maghrib, isyak dan tarawih dalam majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Johan Imam Muda Musim Pertama Astro), YBhg. Al-Fadil Ustaz Anuar bin Hasin (Naib Johan Qari Peringkat Kebangsaan 2011), YBhg. Al-Fadhil Ustaz Termizi Abd Rahman (Penyampai Rancangan Surah Pilihan TV 1 dan TV  Al-Hijrah) dan  YBhg. Al-Fadil Ustaz Nor Naemi Md Som (Johan Azan Kebangsaan Tahun 2003). Majlis tersebut berakhir pada pukul 11.00 malam dan diakhiri dengan moreh. Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Ahli Majlis MARA.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.