201 ORANG WARGA KERJA MARA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2010

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2010 pada 19 Julai 2011 bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kerja MARA yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang 2010. Seramai 201 orang anggota kerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada majlis tersebut.

Pelancaran Buku Pelan Strategik MARA (PSM) 2011-2015 turut diadakan dalam majlis tersebut. Turut hadir sama YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Tuan Haji Mohd. Rosdi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan).

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.