PROGRAM JUARA RAKYAT DI KIMANIS, SABAH

Masyarakat Sabah terutamanya dari daerah Kimanis berpusu-pusu ke lokasi tapak berlangsungnya Program Juara Rakyat di Pekan Lama Kimanis pada 17 Julai 2011 (Ahad). Program anjuran SSM dan PNS ini mendapat sambutan begitu hebat dan rata-rata masyarakat membanjiri hampir di setiap sudut pameran dan ruang majlis diadakan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga turut memeriahkan program ini dengan menyediakan khidmat nasihat dan maklumat mengenai laluan pendidikan, kerjaya dan juga bidang keusahawanan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh  YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Program dihangatkan lagi dengan kehadiran bintang tempatan yang tidak asing lagi iaitu persembahan penuh drama dan mengasyikkan oleh Stacy (Bintang Akademi Fantasia) dan Fiq (Bintang Mentor) yang seterusnya memukau dan menyebabkan kehadiran crowd semakin bertambah dan terpaksa bersesak-sesak untuk menonton persembahan tersebut.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.