MAJLIS PERASMIAN ARKED JERTEH

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah menyempurnakan Majlis Perasmian Arked Jerteh pada 16 Julai 2011 bertempat di Arked Jerteh, Besut, Terengganu. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA serta Encik Abdullah bin Muhamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu.

 

Majlis ini diadakan bertujuan memperkenalkan serta mempromosikan Arked Jerteh yang merupakan salah satu infrastruktur perniagaan MARA kepada masyarakat setempat sebagai pusat perniagaan Bumiputera di Jerteh.

 

Sempena majlis ini, Mini Karnival Jualan 2011 turut diadakan sempena perasmian bangunan ini sebagai platform kepada usahawan setempat mempromosi produk masing-masing kepada masyarakat. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan 10 buah basikal dan 50 beg sekolah kepada pelajar-pelajar miskin Daerah Besut tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.