PROGRAM OUTREACH SSM BERSAMA MASYARAKAT SARAWAK

Sekali lagi masyarakat Sarawak digamatkan dengan kehadiran program Outreach SSM bertempat di gelanggang futsal, Satok pada 16 Julai 2011 (Sabtu). Program ini bertujuan untuk mendekati rakyat melalui pameran berkaitan segala inisiatif serta usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga turut terlibat sebagai pempamer yang menyediakan khidmat nasihat dan maklumat mengenai laluan pendidikan, kerjaya dan juga bidang keusahawanan melalui Pejabat MARA Daerah Kuching, Institut Kemahiran MARA dan GIATMARA.

Pada sebelah pagi, masyarakat setempat  disajikan dengan persembahan bertenaga oleh Bob bekas pelajar Akademi Fantasia yang juga merupakan anak jati Sarawak. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.